Babak Cium Dua Wanita Punca Filem Lightyear Tidak Ditayang Di Malaysia

Dikhabarkan bahawa Lightyear, filem Pixar yang dinanti-nantikan mengenai asal usul Buzz Lightyear, tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia. Filem itu pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 16 Jun.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada Disney atau Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengenai sebab mengapa filem itu dihalang tayangannya namun kita boleh mengatakan dengan pasti bahawa ia berkemungkinan disebabkan oleh adegan ciuman antara watak Alicia Hawthorne (disuarakan oleh Uzo Aduba) dan seorang lagi watak wanita yang tidak dikenali.

Adegan tersebut juga menyebabkan beberapa persengketaan dalaman Disney. Walaupun fakta tentang hubungan mereka disahkan, keputusan dalaman studio pada mulanya memilih untuk menyunting babak itu. Ciuman itu kemudiannya dikembalikan selepas tindak balas dalaman daripada pekerja Pixar dan juga respon Disney terhadap rang undang-undang “Don’t Say Gay” di Florida.

Filem live action Disney, Beauty and the Beast akhirnya dikeluarkan pada 2018 (selepas larangan awalnya) apabila studio itu menolak cadangan untuk versi suntingan ditayangkan di pawagam Malaysia. Berkemungkinan besar Disney telah sekali lagi menolak permintaan LPF untuk versi Lightyear yang diedit dan menahan keluarannya di Malaysia.

Leave a Comment

Share Artikel Ini