Azza Elite Menerima Maki Hamun Dari Diva AA Gara-Gara Tidak Menyiapkan Tempahannya

Isnin lalu Azza Elite telah dikejutkan dengan pemergian ayahandanya yang tersayang. Masih lagi bersedih dengan pemergian tersebut, Azza terpaksa menerima kata-kata kesat dari Azwan Ali gara-gara tidak menyiapkan tempahan sejadahnya.

Kerana lambat seminggu, Azwan Ali telah memuat naik video itu didalam laman Instagram miliknya.

Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima binti Zawari 44, tidak berdiam diri. Azza menjawab tuduhan yang tidak berasas itu dan meminta Azwan Ali memahami apa yang sedang dia lalui sekarang.

“Sampai hati dia tulis begini. Bapa saya baru meninggal semalam (Isnin) jangan lah suka-suka maki saya”

“Sebab dah terbiasa mulut tu, maki orang jadi makanan kau! Niat tu baik nak beli sejadah, aku bersyukur tapi dalam masa yang sama cuba fikir keadaan orang lain”

“Saya baru sahaja kehilangan ayah. Jangan buat anak yatim begini bang. Ini kali aku lawan.”

 

Leave a Comment

Share Artikel Ini