Azhan Rani Nafi Seperguruan Silat Dengan Beto

“Mula2 aku ignore je. tapi bila dah beranak2 share pasal posting ni aku cakap la.”

Begitulah permulaan perkongsian yang ditulis oleh pelakon serba boleh Azhan Rani apabila tular sebuah gambar dia bersama dengan Beto Kusyairy dalam pakaian latihan seni bela diri.

Pelakon tersebut tampil membuat hantaran di laman Facebook miliknya apabila mendapati sebuah page filem yang menyebarkan gambar itu dengan kapsyen kononnya dia dan Beto merupakan rakan seperguruan silat.

Selain dari menafikan perkara tersebut, dia turut membuat perkongsian kisah sebenar di sebalik gambar yang telah viral itu.

“Macam ni, artikel ni tak betul pun. Gambar ni dia ceduk dari posting aku kat ig atau fb. lepas tu langsung takde call interview atau apa. yang betul Beto Kusyairy tu sahabat aku. yang tak betul kami sepeguruan. tak pernah berlaku pun. ni gambar lama masa mula2 aku kenal sahabat aku ni.

Aku tak pandai pun silat. yang pandai dan minat silat tu Beto Kusyairy. Masa ni kami tengah trainning 1 projek kononnya filem aksi. lepas tu setelah 2 bulan berhempas pulas filem tu tak jadi shoot macam tu je. menung katak kami berdua masa tu. berlatih lama sampai sepanjang bulan puasa membawa ke raya. tak berduit. badan dari besar sampai keding pinggang tahan lapar. tapi hikmah projek ni aku dapat sahabat yang aku sayang.”

Azhan Rani turut berkongsi tentang minat dan impiannya untuk berlakon watak-watak dalam genre drama kehidupan seperti filem Forest Gump dan Castaway yang pernah dilakonkan oleh Tom Hanks.

“Ini genre yang beto minat. kalau 10 ke 15 tahun dulu aku masih ada nafsu nak buat semua ni. struggle berlatih siang malam benda2 macam ni. tapi aku jujur je dengan usia dan minat aku sekarang. kemampuan aku tak di sini. ini bukan yang aku kejar dah. #waloverwanotafighter

Kalau tanya aku. jiwa aku lebih pada genre drama. aku peminat watak2 macam dalam filem #castaway #forestgump #donniebrasco #myleftfoot #iamsam #godfather #carlitosway gitu. tu yang lebih dijiwa aku. cuma genre macam ni tak popular la kat sini. itulah dream aku. tak salah bermimpi kan?”

Walaupun minat menonton filem aksi namun dia tidak begitu berminat untuk berlakon dalam filem sebegitu. Dalam hantaran tersebut, Azhan Rani sempat mengucapkan tahniah kepada rakannya Beto dengan kejayaan filem Mat Kilau.

“Apa pun aku minat menonton filem aksi sebenarnya. minat tonton bukan minat berlakon. sahabat aku dalam #matkilau sangat memberangsangkan. tumpang bangga sebab aku tahu perjalanan dia nak capai apa yang dia dapat hari ini bukan semudah kita menonton filem tu.

Jadi, terima kasih yang dok tag aku pasal ni. tapi mohon stop kisah ni sebab aku tak pernah seperguruan pun dengan beto. kesian tok guru dia nanti tak pasal tengok langkah sumbang aku orang kata aku anak murid dia. cukup2 la tu.

Semoga banyak lagi yang succsess untuk kau sahabat.”

Leave a Comment

Share Artikel Ini