“Awak hanya pindah negara bukan agama, kan?” – Netizen

Pelakon berdarah Inggeris, Sarah Hildebrand 31, baru- baru ini telah mendapat kecaman umum dimana dia tealh memuat naik gambarnya yang mencolok mata di akaun Instagram miliknya.

Ramai mengetahui bahawa sebelum ini Sarah memakai hijab. Tindakkannya itu mendapat kecaman yang teruk oleh netizen.

“Awak hanya pindah negara bukan agama, bukan? Tolong tahu had limit,” – netizen.

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand bagaimanapun berpegang dengan pendiriannya masih seorang penganut agama Islam.

Bagi membalas komen dari netizen tersebut dia menyatakan bahawa dia masih lagi berpegang teguh pada agama islam dan mati dalam agama yang sama.

Baru-baru ini, Sarah, nekad meninggalkan Malaysia buat buat selama-lamanya dengan berhijrah ke AS kerana tidak tahan dengan pelbagai kecaman daripada khalayak termasuk ada yang menggelarnya sebagai perempuan sundal.

Leave a Comment

Share Artikel Ini