Gosip Artis

Atikah Suhaimi Akui Sedih Apabila Dituduh Berbadan Dua

ATIKAH Suhaimi Akui Sedih Apabila Dituduh Berbadan Dua – Disebabkan badannya kelihatan agak buncit dan sedikit berisi didalam sebuah video yang dimuat naik dalam laman Instagram miliknya, Atikah Suhaimi dikritik teruk oleh sesetengah netizen yang mengikutinya di laman Instagram tersebut.

Malah disebabkan perutnya kelihatan “berisi”, ada sesetengah netizen yang mengesyaki bahawa Atikah kini sedang berbadan dua. Namun begitu, Atikah tampil dengan memberi respon dan menidakkan kenyataan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, pelakon tersebut juga mengakui kekurangan serta kelemahan yang ada padanya termasuklah bentuk badannya sekarang. Kemudian dia mengemaskini Instastory yang mengatakan emosinya sedikit terganggu dan dia berasa sedih dengan komen – komen negatif tersebut.

“Takpalah I gemuk dan buncit..janji hati bersih ikhlas dan bf (teman lelaki) I kaya..Alhamdulliah, syukurlah..”

Meninjau ruangan instagram milik Atikah, dia dilihat sedang berseronok bercuti bersama rakan-rakan dan turut sama kelihatan adalah teman lelaki barunya yang juga ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker