Pelawak dan pelakon veteran , Ebby Yus, 57, kini menyatakan bahawa dirinya terpaksa berehat seketika selepas dimasukkan ke hospital selama dua minggu pada bulan lalu.
Walaupun pernah muncul beberapa kali demi tuntutan kerja namun kali ini Ebby mengambil keputusan untuk berehat seketika atas nasihat doktor.
Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid difahamkan mempunyai masalah jantung dan buah pinggang dan ia membuatkan dirinya tidak boleh terlalu aktif bekerja lagi kerana penyakit tersebut.
Ebby turut berkongsi tentang kejadian yang menyebabkan dirinya terpaksa dirawat sebelum ini yang mana kakinya terseliut semasa mahu menghadiri sebuah acara alumni.
“Pada mulanya hanya terpelecok kaki kanan semasa nak keluar rumah bagi menghadiri satu majlis alumni sekolah kerana saya dipilih sebagai pengacara pada 26 September lalu. Jadi, sebab dah janji dan saya juga salah seorang alumni, kenalah tunaikan.”
“Tapi, sakitnya kaki itu jangan cakaplah, memang tak boleh nak tahan pun. Tapi, saya teruskan bekerja sampailah tak boleh jalan dan masuk hospital untuk rawatan. ”
Jadi, tersangkutlah semula dengan masalah jantung dan buah pinggang , saya hampir nak kena buat dialisis sebab buah pinggang rosak di tahap lima,” jelasnya kepada media.
Setelah perkara itu berlaku , Ebby mengambil keputusan untuk lebih menjaga kesihatan diri dan sentiasa menjalani pemeriksaan berkala di hospital mengikut temujanji dibuat doktor agar tiada perkara buruk berlaku.
Bukan itu sahaja , Ebby tuturt berkongsi tentang rumah barunya yang dibina dengan bantuan kerajaan yang mana rumah tersebut dibina di atas tapak asal rumahnya yang musnah dihanyutkan banjir di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat pada Disember tahun lalu.
Rumah Baru
Rumah tersebut sudah siap sepenuhnya dan telah mendapat kunci namun masih berlum berpindah ke rumah baru kerana masih terdapat kerja pemulihan di kawasan tersebut.
“Alhamdulillah, rumah baharu saya dah lama siap dan sudah dua bulan dapat kunci. Tapi, saya masih tak dapat masuk lagi ke rumah itu kerana kerja-kerja pemulihan sungai dan pembinaan jambatan belum siap.”
“Saya pun tak fikir lagi sama ada nak buat ubah suai dalam rumah itu kerana masih trauma dengan kejadian banjir yang lalu. Lagipun, sekarang dah musim hujan dan ada kawasan lain mengalami banjir lagi. Jadi, saya bimbang nak cantikkan rumah.”
“Biarlah dulu dan saya tak mahu fikir pun mengenai nak buat ubah suai. Saya pun nak kena sihatkan badan. Masuk duduk di rumah itu pun belum berpeluang lagi, masih kena tunggu semua kerja-kerja dibuat selesai,” katanya.
BACA INI :Mas Khan Akui Jarang Solat 5 Waktu , Pilih Cara Lain Untuk Dapat Pahala
Sebelum ini , Ebby telah menerima sumbangan kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000 yang dibina di tapak asal rumahnya yang musnah dihanyutkan banjir di Hulu Langat.