Atas Dasar Fesyen Sahaja – Aina Abdul

Fesyen Aina Abdul ketika dia sedang mengadakan sidang media konsert A Night With Aina Abdul 2.0 telah mencuri perhatian netizen.

Fesyen yang dikenakan oleh Aina tersebut telah tular dimana dia yang mengenakan hijab yang dipakai seperti “sister”.

Aina yang popular dengan lagu “Semalam” menjawab tenang dan memberi pencerahan jelas ketika ditanya oleh pihak media.

“Sebenarnya memang kita nak tampil dengan look sebegini, bukan apa, memang ini lah penjenamaan Aina Abdul. Seperti sebelum ini, akan ada elemen kejutan yang Aina beri kepada penonton.

“Walaupun ada yang beranggapan nampak macam sister, namun saya hanya melihat dan hargai gaya ini atas dasar fesyen sahaja,” jelasnya.

Tambah Aina lagi “Fesyen ini hanyalah sementara, bukanlah saya pakai macam ini saya berubah atau memuja sesuatu. Ini hanya cara saya untuk memberikan inspirasi kepada mereka yang mahukan kelainan.

“Untuk mereka di luar sana, kalau nak ikut, ikutlah, dan kalau tidakpun, saya bukan suruh orang semua pakai tudung seperti ini,” katanya lagi.

Konsert “Night With Aina Abdul 2.0” bakal berlangsung pada 25 dan 26 jun di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Leave a Comment

Share Artikel Ini