Asyik Pakai Bikini, Adeline Tsen Cuma Nak Sihat Sahaja

Jika anda mengikuti Instagram Adeline Tsen, pasti ramai tahu pelakon itu sering memuat naik foto berbikini di media sosial tersebut.

Memetik Kosmo, Adeline berkata dia memuat naik gambar tersebut berharap agar dirinya semakin sihat spabila menerima pujian ramai berhubung susuk tubuhnya yang ramping.

Menjawab soalan secara rawak di Insta Story yang mengatakan dirinya semakin seksi, Adeline membalas,

”Saya berharap semakin sihat hari demi hari.”

Pelakon itu juga sempat menjawab persoalan daripada pengikutnya sekiranya berpeluang untuk ke masa lampau, adakah perkara yang ingin diubah, ini jawapan Adeline.

“Barangkali, saya tidak berada di Malaysia (tertawa) mungkin saya akan berada di mana-mana pantai (bekerja),” tulisnya.

Terdahulu, penampilan Adeline menjadi perhatian apabila sering memuat naik gambar berbikini berlatar belakang kawasan pantai.

Leave a Comment

Share Artikel Ini