Asyik Kutuk Saiz Badan, Uqasha Senrose Mengadu Pada Suami

Penampilan pelakon Uqasha Senrose menjadi bualan netizen yang memperkatakan mengenai bentuk badannya yang kelihatan berisi selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor, Kamal Adli.

Enggan mempedulikan komen netizen mengenai saiz badannya, Uqasha berkata perubahan bentuk fizikalnya berlaku kerana dirinya bahagia disamping suami tercinta.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Uqasha meluahkan rasa hairan dengan sikap netizen yang sering mempersoalkan saiz badannya.

Turut mencuri perhatian apabila kapsyen Uqasha itu seolah mengadu pada suaminya tentang kata-kata netizen terhadap dirinya.

Diruangan komen, Kamal turut dilihat memberi respon tentang ‘aduan’ isterinya itu dengan mengatakan Uqasha dilihat sangat cantik di matanya.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal mengumumkan berita perkahwinan mereka yang berlangsung dalam sebuah majlis tertutup di Bentong, Pahang pada 5 November tahun lalu.

Leave a Comment

Share Artikel Ini