Anzalna Nasir Tak Mahu Ambil Pengasuh, Bimbang Kes Dera

Sedang sarat hamil anak kedua, pelakon Anzalna Nasir berkata dia tidak akan mengambil pengasuh untuk menjaga anaknya, Mohamad Eidrees..

Menurut Anzalna, melihatkan kes penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi membuatkan dia bimbang dan lebih selesa menjaga anaknya sendiri..

“Ini adalah pilihan saya sendiri. Suami ada mencadangkan untuk mengambil pengasuh untuk membantu menjaga Eidrees kerana keadaan saya yang berbadan dua..

“Namun susah nak percaya orang dan saya tidak akan sesekali tinggalkan anak di bawah jagaan orang lain selain keluarga sendiri. Biarlah saya berkorban. Saya anggap ini rezeki kerana dapat menjaga dan membesarkan anak sendiri,” katanya..

Dalam pada itu, Anzalna mengakui bukan mudah untuk menjaga anak ketika sedang sarat hamil. Malah, anaknya itu juga semakin inginkan perhatian apabila bakal mendapat adik..

“Memang mencabar. Bila nak dapat adik ini, perangai dia lain sedikit. Semakin inginkan perhatian. Oleh sebab itu, antara saya dan suami, dua-dua kena ada untuk dia. Sebab itu saya lebih senang jaga sendiri. Seronok dapat tengok dia membesar depan mata,” katanya..

Leave a Comment

Share Artikel Ini