Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri

Penyanyi bersuara emas , Anuar Zain, 53, mengakui yang dirinya tidak sesuai untuk menjadi juri dan memberikan sebarang komen berkenaan nyanyian atau sebagainya kepada orang lain.

Anuar Zain juga yang dia sudah membuat keputusan untuk menolak sebarang tawaran yang melibatkan dirnya menjadi juri dalam apa- apa program realiti kerana tidak mahu menyakiti hati sesiapa.

Ini kerana dia juga tahu apa perasaan peminat yang menyokong artis kesukaan mereka yang mana golongan ini tidak dapat menerima dengan baik sebarang teguran atau kritikan daripada orang lain.

“Kadang-kadang ada peminat terlalu beremosi kerana begitu kasih dan sayangkan artis kesukaan mereka sehingga tidak dapat menerima komen-komen tegas daripada juri.

Walaupun juri berniat baik unutk memberikan nasihat dan tips kepada peserta namun peminat terkadang tidak dapat memahami perkara tersebut kerana terlalu taksub dengan artis kesayangan mereka.

Kongsi Tips

“Sebenarnya, juri ini sentiasa berniat murni dan sangat baik untuk membantu artis itu membuat yang lebih baik, berkongsi tips persembahan tetapi kadang-kadang penonton kita tidak memahami benda itu dan menyalahkan juri,” jelasnya.

Tidak mahu digelar sebagai seleberiti yang kekwat , Anuar sentiasa menolak tawaran menjadi juri dengan baik dan mempunyai sebab tersendiri kerana tidak mahu menjadi juri.

Dia mengakui lebih senang menyanyi dan menghiburkan penonton kerana itu sememangnya kerjanya selama ini dan senang berinteraksi dengan peminat melalui persembahan.

“Saya menolak dengan alasan memang tidak sesuai jadi juri dan saya tak layak nak beri komen walaupun acara hiburan itu berprestij. Jadi, cukuplah saya hanya menyanyi dan buat persembahan saja.

“Bagi saya, tujuan juri menegur itu sebenarnya kita nak sama-sama naik (dikenali). Tapi, kadang-kadang saya tak suka elemen-elemen negatif yang cuba ditimbulkan peminat daripada komen ditulis itu kerana ia merosak diri.

Saya tak boleh (dengan komen negatif penonton). Untuk itu, saya nak jauhkan diri daripada terima komen-komen yang pelik ini. Apatah lagi, setiap artis itu ada jiwa sensitif di dalam diri,” katanya.

BACA INI :Zainal Abidin Dan Fyna Sudah Dua Minggu Bercerai

Malah dia merasa kasihan kepada rakan artis yang pernah menerima cemuhan dan makian daripada netizen apabila tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan juri kepada perserta.

Leave a Comment

Share Artikel Ini