“Antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya adalah Che Ta” – David Teo

Baru – baru ini penerbit terkenal , Datuk David Teo mengakui dirinya mempunyai kesukaran apabila berdepan dengan selebriti jelita , Rozita Che Wan.

David Teo juga menceritakan kisah tentang mereka yang pernah bekerjasama dan mengakui Che Ta mempunyai kecantikan tersendiri dan bukan mudah untuk bertentang mata dengannya.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta sememangnya salah seorang yang sangat cantik dan berkebolehan dalam pelbagai bidang yang diceburinya.

“Antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya adalah Rozita Che Wan. Tapi bukannya dia goda saya, cuma bagi saya dia sangat cantik, bulu matanya menggoda.

Pernah Digoda

“Kami pernah bekerjasama dalam sebuah filem dimana dia lakonkan 17 babak kesemuanya. Memang sukar untuk berurusan dengannya kerana dia terlalu cantik.

“Membuatkan saya terpaksa mengalih pandangan ke arah lain agar tidak bertentang mata dengannya,” katanya.

Bercerita tentang kerjayanya sebagai seorang penerbit filem , dia pernah bedepan pengalaman digoda oleh selebriti jelita namun mampu menepis godaan tersebut.

Malah tidak pernah digosipkan dengan sebarang artis sepanjang kerjayanya dalam industri tanah air kerana sangat menjaga pergaulanya ketika bekerjasama dengan pelakon.

BACA INI :“Insyallah, Satu Hari Saya Akan Pakai Tudung”, – Atilia Haron

“Sepanjang menjadi penerbit, saya tidak pernah digosipkan berskandal dengan mana-mana pelakon wanita. Memang saya pernah digoda, tapi saya berjaya tepis,” katanya.

Leave a Comment

Share Artikel Ini