Seorang pelakon yang meningkat naik Anna Jobling, telah tercalon dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler.
Pada pelakon yang terkenal memegang watak melur dalam drama bersiri Melur Untuk Firdaus itu menyatakan mendapat pengiktirafan itu di peringkat dunia sememangnya satu perkara yang cukup besar, apatah lagi dibariskan dengan jelitawan dari luar negara.
“Saya sangat bersyukur dicalonkan dalam kategori ini. Memang terkejut dan tak sangka diiktiraf 100 yang memiliki wajah jelita bukan di Malaysia saja, tapi dunia. Terima kasih sangat-sangat,”
Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman 22, padanya dia mempunyai pendapat sendiri tentang kecantikan. Dia lebih mementingkan kecantikan dalaman dari luaran.
“Mungkin orang akan cakap cantik itu dari luaran tapi ia sangat subjektif. Walaupun klise tapi bagi saya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang.
“Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara automatik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman. Tak kisah paras rupa macamana, tapi kalau sayang diri, yakin, secara langsung akan cantik dari segala segi,”
Selain Anna yang tercalon dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler, turut tersenarai adalah anggota BLACKPINK, Jisoo dari Korea Selatan, Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Kiko Chan (Vietnam), Momona Ramada (Jepun) dan ramai lagi.
Penganjuran 100 Most Beautiful Faces of 2022 diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia. Senarai tahunan itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.