Anak Shah Rukh Khan Bebas Kes Dadah

pertuduhan yang sebelum ini dikenakan kepada Aryan Khan 24, telah digugurkan setelah tiada bukti yang dapat mengaikan dirinya dengan kes penyalahan penggunaan dadah pada oktober tahun lalu.

dimaklumkan Biro Kawalan Dadah India telah menyiasat terdapat penyelewengan prosedur hingga nama Aryan disenaraikan antara yang terlibat dalam kes di sebuah kapal pelayaran.

Beberapa penyelewengan prosedur ditemui dalam siasatan awal. Pasukan Siasatan Khas terpaksa mengambil alih dan kes sebegini jarang berlaku, jelas ketua pengarah biro. Tambahan lagi prosedur merampas telefon milik Aryan ketika ditahan adalah salah satu prosedur yang sama sekali salah di sisi undang-undang.

Sebelum ini, Aryan telah ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Dalam laporan terbaru NBC, seramai enam orang didakwa susulan kes tersebut dan nama Aryan tidak disenaraikan dalam senarai tersebut.

Leave a Comment

Share Artikel Ini