Amelina Ulas Tentang Kes Membabitkan Bekas Suaminya , Buat Ramai Terkedu

Setelah tular video tentang penderaan seorang wanita oleh suaminya yang mengakibatkan kisah tersebut menjadi perhatian ramai sehinga ianya dikaitkan dengan penyanyi dangdut popular , Amelina .

Pelbagai spekulasi yang diperkatakan sehingga media menemuramah Amelina untuk mendapatkan penjelasan tentang peribadi bekas suaminya itu.

Namun Amelina memilih untuk tidak masuk campur tentang perkara tersebut dan mengelak daripada memberikan komen tentang perkara tersebut kerana ia melibatkan orang yang dikenali.

Walaupun lelaki tersebut adalah bekas suaminya namun dia sudah tiada kaitan dengan individu tersebut kerana sudah lama berpisah dan tidak mahu mempunyai kaitan dengannya .

Malah Amelina mengaku dirinya tidak menonton video berkenaan dan enggan melihatnya keran tidak mahu memikirkan perkara tersebut .

“Saya tak boleh nak komen apa-apa, biar polis jalankan siasatan. Kalau betul dia adalah bekas suami saya, dia dah jadi masa lalu saya.Maknanya, dia dah tak ada kena mengena dengan saya. Jadi, saya mohon agar tidak dikaitkan lagi isu ini dengan saya,”

”Saya tak mahu menonton video itu. Saya sendiri mengambil masa 15 tahun untuk membuat satu keputusan yang paling tepat sebab saya tak mahu merisikokan orang di sekeliling,” katanya.

Isu Kekerasan

Amelina turut mengulas mengenai isu kekerasan dalam rumah tangga yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan berkongsi tentang kesan dan trauma yang dialami mangsa.

”Jangan hina sasaran kekerasan dalam rumah tangga. Mereka yang berada dalam situasi ini sebenarnya terikat dengan beberapa perkara iaitu ketaatan kepada agama, suami dan persekitaran.”

“Kesannya bukan sahaja dari sudut fizikal, tetapi juga mental dan bagi mereka yang pernah mengalaminya, ia tinggalkan trauma yang besar.”Jangan terlalu ‘menekan’ mereka yang menjadi sasaran ini. Janganlah dikata mereka ini, bodoh. Hanya Allah yang tahu, apa yang mereka rasakan,” katanya.

BACA INI :Aman Graseka Perlukan Bantuan Untuk Rawat Mata Anak

Sekadar info , Amelina sebelum ini pernah berumah tangga dengan bekas suaminya, Reduan Mahamood pada 26 April 1999 dan berpisah pada 29 Jun 2016.

Leave a Comment

Share Artikel Ini