Berikutan dari tindakan Ameera Khan yang memadam semua gambar-gambar di dalam akaun Instagram miliknya, Neelofa selaku kakak tampil memberikan pendapat.
Baginya adiknya sedang membesar dan perlukan ruang untuk melihat kembali apa yang perlu diperbaiki. Pilihan untuk berehat sebentar dari media sosial bukanlah sebab ‘frust’ namun itulah perjalanan peribadi.
“Perkara ini sudah berlaku beberapa kali. Cuma kalau ditanya sebagai kakak, bagi saya dia sedang membesar. Malah situasi yang dilalui kami sangat berbeza.”
“Maksudnya, dia dapat perhatian itu awal berbanding saya. Bayangkan ketika dia umur belasan tahun sudah terima perhatian. Mungkin dia tidak berkesempatan untuk melihat semula apa yang perlu diperbaiki.”
“Benda begitulah saya rasa membuatkan dia berhenti sekejap (media sosial). Tidaklah bermakna dia ‘frust’, bukan begitu. Ia hanya perjalanan peribadinya. Dia pun ada minta pandangan saya,”
“Lebih kepada cara dia untuk mengenal, perbaiki diri pada usia begitu. Mungkin dia tengah mencari apa yang terbaik untuk dirinya.”
“Kalau saya yang ulas pun mungkin ia bukan jawapan tepat, hanya dia yang tahu jawapan sebenar,”