Pelakon veteran , Aman Graseka menjelaskan bahawa dia terpaksa menangguhkan acara ‘jejak tanah’ untuk anak lelakinya Aishyraf Mikail Shah yang sudah berusia setahun dua bulan kerana anaknya itu kurang sihat.
Aman memberitahu yang anaknya itu telah dimasukkan ke hospital sebelum ini akibat demam panas yang menyebabkan anaknya diserang sawan hinnga terpaksa menangguhkan acara itu pada bulan hadapan.
“Sekarang matanya pula ada jangkitan virus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terpaksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti.”
“Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga. Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya.
Berjumpa Pakar
Pelakon itu yang kini menetap di kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah berkata anaknya itu perlu dibawa berjumpa pakar untuk mengenalpasti penyakit yang dijangkiti anaknya itu kerana sudah terlalu teruk dan merisaukan.
“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar.”
“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata.”
“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” katanya.
Bercerita tentang kerjayanya sebagai pelakon , Aman mengakui dirinya sudah jarang dipanggil untuk berlakon dan lebih memilih untuk melakukan kerja sambilan ketika ini .
BACA INI :“Allah berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar” – Datin Alyah
Malah dia juga mengakui sudah menetapkan syarat yang mana dirinya enggan bersentuhan dengan muhrim semasa belakon dan mungkin itu yang menyebabkan dirinya sudah tidak mendapat tawaran.
Walaupun keputusan yang dibuat memberi kesan terhadap kariernya namun dia masih percaya pada rezeki dan akan terus berusaha mencari perndapatan yang halal demi menyara dirinya sekeluarga.
“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon.
“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa. Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” jelas Aman.
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezeki datang dari Allah.
Aman sudah lama tidak berlakon dan kali terakhir dia berlakon adalah pada Julai lalu apabila menjayakan filem Hantu Kum Kum untuk Astro First.
“Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambaran di Perlis,” ceritanya.
Sekadar info , Aman berkahwin dengan Nurul Amrina Zamri, 33, pada tahun 2018 dan kini sudah mempunyai 2 anak lelaki iaitu Aishymir Mateen, 3 dan Aishyraf Mikail Shah 1.
Aman sebelum ini pernah berkahwin dengan Mas Idayu pada tahun 1997 namun telah bercerai pada tahun 2006 dan mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Nur Dayini Asyiqah.