Topik berkenaan pelakon Alya Iman kini kembali menjadi hangat apabila tampil berpakaian seksi dan menari di sebuah aplikasi popular , Tik Tok bersama rakan wanitanya.
Sebelum ini , anak bongsu kepada pelakon dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha itu telah berkongsi gambar tidak berhijab dan sudah mengakui dirinya sudah mengambil keputusan tidak berhijab atas kehendak sendiri.
Malah menjelaskan yang keputusan itu telah dibuat selepas berbincang dengan keluarga dan merasa lebih selesaselepas membuat keputusan tersebut kerana tidak perlu berlaku hipokrit kepada orang ramai.
Seksi
![](https://gua.com.my/wp-content/uploads/2023/06/Disebabkan-2023-06-05T133914.947.jpg)
Menjengah ruangan komen pada perkongsian video tersebut , rata-rata netizen menyifatkan Alya terkena kejutan budaya selepas kehilangan ayahnya dan terlalu terpengaruh dengan rakan sebaya yang salah.
“Gelek lagi dik, sebab itu kena cari kawan yang baik, kalau betul jalannya, maka elok la hidup kita. Terkinja-kinja macam ni takkan buat ibu bapa bangga,” komen netizen itu.
“Mesti arwah bapa awak kecewa, menangis dia dalam kubur tengok anak dia perangai macam ni. Iman memang tak dapat diwarisi,” tulis seorang pengguna lain.
Tidak hanya berhenti disitu sahaja , netizen juga mula menyerangkan akaun peribadi Alya dengan meninggalkan komen tentang dirinya yag tidak cantik apabila sudah tidak bertudung.