Alya Iman Akui Tertekan

Setelah tampil dengan imej tidak berhijab , nama pelakan baru , Alya asyik menjadi bualan ramai kerana orang ramai tidak bersetuju dengan perubahan drastik yang dilakukan oleh pelakon itu.

Sering dihamburi komen yang tidak menyenangkan di laman sosial miliknya , pelakon itu akhirnya mengaku yang dia pernah terasa dengan kritikan tyang dilemparkan kepadanya.

Susulan keputusannya untuk tidak lagi berhijab, pelakon Alya Iman mengakui masih lagi berdepan dengan kritikan netizen.

Namun terpaksa mengahadapi perkaa itu dengan hati yang sabar kerana sudah bersedia fizikal dan mental sebelum mengambil keputusan untuk manjadi anak seni.

Dia hanya menerima segala teguran dan cemuhan kerana sedar akan apa yang berlaku tidak memenuhi jangkaan orang lain trhadap dirinya selepas ketiadaan ayahnya.

“Tipulah tak rasa tertekan, tapi bagi saya tak boleh nak kontrol apa orang nak cakap. Nak tak nak saya yang pilih untuk jadi pelakon dan selebriti, itulah yang saya kena hadapi.

“Jadi saya terima saja, kadang-kadang saya tak baca dan buat tak tahu tapi apa saja yang orang cakap baik buruk saya, saya terima.

“Sehingga kini masih ada lagi komen negatif tapi saya okay sebab saya tahu tak semua orang boleh terima keputusan saya buat sekarang ini,” katanya

Walaupun begitu , Alya tidak boleh menerima cercaan yang melibatkan arwah bapanya, iaitu pelakon Azmil Musfapha disebabkan penampilan terbarunya itu.

Terima Nasihat

Malah berpesan agar menyalahkan dirinya sahaja tanpa melibatkan orang lain kerana dia akan menerima segala nasihat dan tohmahan dengan hati terbuka.

“Saya ada balas satu komen, pada saya jika orang nak bercakap tentang arwah, korang pun tahu tanggungjawab arwah di dunia ini sudah selamat.

“Masa arwah babah ada, betul dia ada tegur saya mengenai pakai tudung dan sebagainya tapi sekarang adalah keputusan saya. Saya harap selepas ini tak ada dah orang sebut nama arwah babah kerana nak cakap pun dia sudah tiada dalam dunia ini.

“Jika anda nak salahkan saya silakan..saya terima semua benda dengan hati terbuka. Sebenarnya saya tak kisah orang cakap buruk tentang saya tapi bila nak libatkan arwah babah itu buatkan saya rasa agak sedih,” katanya.

BACA INI :“Yang pastinya saya tahu apa yang saya buat”,- Fouziah Gous

Terdahulu , Alya tiba- tiba berkongsi fofo tidak berhijab di media sosial dan menyebabkan dirinya dikecam orang ramai namun dia hanya mengaku jujur tetang dirinya dan tidak mahu berpura -pura didepan orang ramai tentang apa yang dilakukan.

Leave a Comment