Setelah sekian lama tidak berlakon dan muncul dalam program di media sosial , pelakon dan pelawak berbakat besar , Along Eyzendy sudah bersedia kembali berlakon selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang tahun lalu.
Along atau Mohd Eyzendy Mohd Azizi, 42, mengakui ramai yang masih mengambil berat tentang dirinya dan mahukan dirinya kembali aktif berlakon seperti dahulu.
Along menjelaskan dirinya sudah sihat dan boleh berlakon tetapi terpaksa meletakkan beberapa syarat jika mahukan dia muncul dalam sebuah drama atau filem.
“Ramai bertanya dah boleh berlakon ke? Dah sihat ke? Insya Allah boleh tapi jangan bagi saya babak pergaduhan sahaja.”
“Kalau saya pukul orang itu mungkin boleh tetapi orang tak boleh pukul saya takut memberi tekanan pada badan,” katanya.
Sudah Berlakon
Pelakon yang sering membawakan watak penjahat ini sudah mula menjalani penggambaran untuk drama terbarunya namun sentiasamemastikan kesihatannya baik dan begitu mengambil berat perkara itu bagi mengelakkan perkara buruk berlaku pada masa akan datang.
Dia juga mengakui dirimya memerlukan penjagaan makanan serta minuman bagi mengawal dirinya daripada sakit malah memerlukan rehat yang cukup agar semuanya berjalan dengan lancar .
“Sebenarnya selepas enam bulan pembedahan saya sudah mula menjalani penggambaran malah pernah berada di lokasi selama 15 jam tapi kena jaga makan, minum dan cukup tidur.
BACA INI : “Bayi akan selamat tetapi saya tidak,” – Rebecca Nur Al Islam Bimbang Tentang Kandungannya
“Kalau tak cukup tidur, dia akan rasa tak sedap badan dan juga sakit di bahagian tempat pembedahan , ikutkan hati saya redah sahaja tapi badan tak berapa kuat dah,” jelasnya lagi.
Sekadar info , kisah Along menjadi perhatian ramai apabila isterinya , Hamidah Mohd. Yatim, 38, begitu berbesar hatimendermakan buah pinggang kanannya buat suami tercinta.
Pembedahan yang dijalankan berjalan dengan lancar dan buah pinggang yang didermakan berfungsi dengan baik malah keduanya semakin pulih selepas pembedahan.