“Allah berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar” – Datin Alyah

Satu perkongsian di Ig milik Alyah mendapat perhatian ramai apabila menitipkan kata- kata manis buat suaminya Dato Ramli MS baru – baru ini dan mendapat makkumbalas daripada neitizen.

Malah rakan artis serta orang ramai mendoakan hubungan mereka berkekalan dan meninggalkan komen yang mencuit hati tentang pasangan ini.

Sempena ulang tahun kelahiran suaminya, maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS yang ke-64 hari tempoh hari , Alyah hanya menyambut secara ringkas kerana suaminya itu sentiasa sibuk dengan acara.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menitipkan coretan tentang rasa dan perasaannya sepanjang sembilan tahun menjadi pasangan kepada Dato Ramli Ms. 

Selamat Hari Lahir

“Selamat hari lahir. Semoga sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT dunia dan akhirat. Tahun ini tak ada kejutan. Konsep terus terang saja”

“Bila ditanya, apa itu? Saya pun jawab kek hari lahir awak. Nanti makan malam dengan kawan ya,” tulis Alyah.

“Allah SWT berikan kamu untuk aku belajar mengenal Allah. Allah SWT berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar.”

“Allah SWT masih berikan aku bersama kamu untuk ketahui aku juga manusia biasa, bila-bila saja mampu lakukan kekhilafan.”

BACA INI :(Video) Pukul Wanita Sampai Trauma , Pelaku Dikatakan Bekas Suami Penyanyi Dangdut

“Allah SWT Maha Hebat diberikan pelbagai rasa dalam rumah tangga ini untuk aku tahu siapa yang terbaik buatku. I sayang you nie (honey),” tulisnya.

Ucapan Alyah itu turut disertakan dengan moment bersama dan beberapa gambar serta video bersama Ramli atau mesra disapa Tok Ram.

Pasangan Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun 2013 dan hingga kini masih belum dikurniakan anak namun mereka masih bahagia dan tenang.

Leave a Comment

Share Artikel Ini