Alif Satar Nafi Terlibat Dalam Babak ‘Panas’ Filem Pulau

Baru – baru ini tular tentang sebuah filem berjudul Pulau yang dalam trailer filem itu terdapat adegan menghairahkan sehingga ke pemakaian pelakon wanita yang dikatakan terlalu seksi .

Filem itu mendapat pelbagai krirtikan daripada netizen malah mempersoalkan bagaimana filem itu boleh ditayangkan tanpa “tapisan” seperti itu dan ditayangkan di Malaysia.

Pelakon yang terlibat juga adalah pelakon yang dikenali ramai dan yang menjadi isu besar apabila Alif Satar turut terlibat dalam filem berkenaan dan mendapat pelbagai pertanyaan daripada netizen tentang babak dalam penggambaran filem tersebut

Tidak hanya mendiamkan diri , pelakon berbakat itu tampil menegaskan bahawa dirinya langsung tidak terlibat dengan sebarang babak ‘panas’ dalam filem tersebut.

Malah Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata pengarah filem tersebut menghormati dirinya dengan tidak melibatkannya dalam adegan mesra dengan mana-mana pelakon wanita.

Alif juga menyatakan pelakon yang terlibat dalam filem  itu berbilang bangsa dan pengarah juga faham tentang pegangan antara mereka dan bijak memilih pelakon dalam menjayakan sesuatu babak .

“Saya gementar juga tapi saya rasa sangat gembira sebab pengarah pun faham. Dia tak satukan saya dalam satu babak.”

“Sebab itu ada pelakon-pelakon berbangsa lain, karakter-karakter yang memegang watak itu. Karakter saya pula hampir sama dengan diri saya.”

Berbincang Terlebih Dahulu

Alif turut menjelaskan sebelum penggambaran mereka sering mengadakan perbincangan terlebih dahulu tentang babak yang dikatakan “panas” agar tidak keterlaluan.

Sudah lama berkecimpung dalam industri tanah air , Alif mengaku dirinya lebih tahu tentang citarasa penonton dan budaya masyarakat walaupun hanya dalam filem.

 

 

“Kadang-kadang saya fikir babak ni tak boleh dan saya akan bagitahu pengarah, jadi memang ada banyak perbincangan di antara kami dalam filem ini, saya dah lama dalam industri, saya tahu macam mana nak bawa satu babak itu.”

BACA INI :Kakak Ira Kazar Sindir Puteri Sarah Di Media Sosial

Filem Pulau dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Namron, Ikmal Amry, Sabronzo, Mark O’dea, Sanjna Suri, Miss Pui Yi dan ramai lagi.

Leave a Comment

Share Artikel Ini