Ali Puteh Kecewa Sanggup Menolak Tawaran Puluhan Ribu Hanya Untuk Menjadi Duta Ayam

Ali Puteh telah mendedahkan bahawa dia tidak lagi mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat pembekal ayam.

Keputusan itu telah dibuat setelah tidak mahu namanya tetpalit dengan isu penipuan syarikat berkenaan.

Dikatakan syarikat pembekal ayam itu mempunyai skandal penipuan yang membabitkan hal bekalan ayam kepada peniaga dan pembeli.

Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan 33, menyatakan dia telah banyak menolak tawaran yang bernilai puluhan ribu hanya untuk memberikan sepenuh komitmennya sebagai seorang duta tetapi dia tidak menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan.

“Saya terima tawaran kerana diperkenalkan orang seorang kawan yang memang saya kenal dan peluang perniagaan turut ditawarkan bagi saya.

“Saya melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain yang timbul,”

“Sedih sebab saya lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada peluang ini dan saya ada tanggungjawab serta tanggungan.”

“Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini.”

“Saya enggan masalah timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mangsa,”

Pada april lalu Ali Puteh telah dilantik sebagai duta untuk sebuah syarikat pembekal ayam Red Grocer. Sehingga dia dikatakan terpaksa menjual ayam hanya untuk membayar sejumlah wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.

Leave a Comment

Share Artikel Ini