Gosip Artis

Alhamdulillah Hannah Delisha Betudung, Peminat Doakan Semoga Istiqomah

ALHAMDULILLAH Hannah Delisha Betudung, Peminat Doakan Semoga Istiqomah -Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik manis Hannah Delisha atau nama sebenar Hannah Adlina Blacknurne Birch,23 yang telah mencetuskan teka – teki di kalangan pengikut laman Instagram miliknya apabila berkongsi fotonya dengan mengenakan hijab.

Hannah yang memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen ‘Bismillah’ seperti memberi bayangan memulakan fasa baharu dalam hidupnya. Perkongsian itu mendapat lebih daripada 200,000 tanda suka (likes) dan 2,600 komen.

“Bismillah,” tulisnya ringkas.

Kebanyakkan netizen serta rakan artis meluahkan rasa teruja dan mendoakan semoga Hannah terbuka hati dan sentiasa istiqomah mengenakan hijab.

“Bismillah! Moga dipermudahkan dan istiqamah! Aamiin.

“Semoga dipermudahkan segala urusanmu.

“Sejuk mata memandang tengok bidadari syurga ni bertudung. Saya doakan semoga Hannah terbuka pintu hati untuk kekal bertudung,” komen beberapa netizen.

Pelakon drama Bukan Kahwin Paksa ini bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas dan hanya meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

“Alhamdulillah, Amin dan terima kasih,” balas Hannah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker