Pelakon berkebolehan , Johan Asari berkongsi kepada media yang dia bakal berkahwin dengan wanita yang sudah dikenalinya selama 5 tahun .
Walaupun berhubungan secara jarak jauh namun Johan sangat bahagia dengan pasangannya itu dan berharap agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
Johan As’ari, 37, menjelaskan yang dia sudah berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini dan sedang sibuk dengan rancangan untuk membuat persiapan perkahwinannya dengan wanita yang juga usahawan mangga Harumanis yang tinggal di Perlis.
“Alhamdulillah, dia wanita hebat dan amat berdikari. Saya bersyukur sekiranya Allah memakbulkan jodoh kami. Harapan saya, semoga apa yang dirancang sekarang menjadi kenyataan bila sampai masanya.”
“Kini, persiapan perkahwinan hampir 90 peratus siap. Pilihan hati pun sudah ada. Cuma, belum menetapkan sebarang tarikh saja. Masih tidak diputuskan lagi (tarikh) dan saya akan hebahkan kalau ia jadi nanti.”
“Apapun, perbincangan dengan orang-orang tertentu juga sudah dibuat. Yang nak taja baju (perkahwinan) kami pun dah ada. Jadi, kiranya memang sudah semakin nampak ke arah itu (berkahwin),” ceritanya panjang lebar.
Sentiasa Memberikan Sokongan
Johan berknogsi tentang hubungan mereka dan mengakui senang dengan keperibadian wanita tersebut yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepadanya sepanjang perhubungan mereka.
Malah menjadi sumber kekuatan kepada dirinya kerana sentiasa mendapat nasihat dan keyakinan dalam apa jua yang dilakukan demi masa depan yang lebih baik.
“Dia tak ajar saya dengan duit. Dia suka beri saya semangat, sokongan dan kekuatan untuk melakukan apa saja yang saya nak buat. Malah, ada masa juga yang saya tidak bersemangat seperti buat ‘live’ di TikTok, dia pasti galakkan saya dengan memberi semangat.”
“Ini termasuk penyertaan saya dalam pertandingan menyanyi pun dia sokong juga. Jadi, saya bertambah yakin diri dan bersemangat mencuba,” kata Johan.
Berkongsi tentang perjalanan seninya , Johan kini dengan sibuk dengan filem Tujuh Dua Belas arahan Thorpe Ali yang mana dia membawakan watak jahat yang bernama , Bentayan.
Melalui filem tersebut , Johan mengakui dia sangat teruja berlakon dalam filem tersebut kerana dapat bertarung dalam banyak babak aksi yang mana aksi bela diri tersebut dilakukannya sendiri tanpa bantuan pelakon tambahan.
“Dalam filem ini, saya betul-betul dapat bertarung dalam banyak babak. Semua aksi (pertarungan) itu saya buat sendiri dan amat kagum dengan aksi bela diri pelakon Farahali Khan dan Chintya Chandranaya dari Indonesia,” katanya.
BACA INI :“Curang adalah pilihan, bukan kesalahan ,”– Farid Kamil
Filem Tujuh Dua Belas telah menjalani penggambarannya pada tahun 2020 dan bakal menemui penonton mulai esok yang mana filem ini mengangkat martabat dan kehebatan wanita dalam aksi bela diri untuk menyelamatkan kanak-kanak yang diculik daripada sendikit penjualan organ.