Alami Sakit Misteri , Yantzen Sukar Untuk Tidur

Penyanyi rock popular suatu ketika dahulu , Yantzen Juniawan, 65, baru – baru ini berkongsi dengan orang ramai yang dirinya kini menghidapi penyakit misteri hingga sukar untuk tidur.

Yantzen mengakui yang dia mengalami penyakit misteri tersebut sejak enam bulan lalu sehingga membuatkan kehidupannya terganggu.

Tidak mengetahui punca yang menyebabkan penyakit misteri tersebut tetapi dia berharap orang ramai tidak memberikan tanggapan negatif kepadanya.

Malah dia tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana bimbang disalah ertikan dan menjadi lebih teruk sehingga menimbulkan perkara lain.

 

 

“Saya tak nak komen apa-apa. Kalau saya cakap pun tak guna dan kalau saya beritahu pun ceritanya akan jadi dua hala.”

Yantzen turut mengatakan yang dirinya kini lebih fokus kepada kehidupannya bersama keluarga dan kesihatannya agar menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Fokus kepada kehidupan

“Terpulang pada mereka untuk menilai. Saya takkan melatah. Saya cuma fokus dengan kehidupan saya sekarang dan bukan mereka yang beri saya makan.”

“Saya cuba memperbaiki diri sendiri, terus terang cakap saya enam bulan tak tidur. Itulah yang saya alami.Kata-kata negatif itu biasa, begitulah mereka mudah menilai orang,” katanya.

Dia juga mkengakui sudah berusaha melakukan pelbagai jenis perubatan tradisional dan moden demi merawat gangguan tidur yang dihadapainya itu namun masih belum berhasil buat masa ini.

“Masalah kesihatan saya itu antara saya dengan Tuhan. Kalau benda-benda mistik saya tak tahu tapi saya ada lakukan perubatan Islam. Cara saya mengubati itu antara saya dengan Allah. Dari tahun lepas saya mengalami gangguan tidur ini,” ceritanya.

 

 

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial sebelum ini , Yantzen menzahirkan rasa sedih dengan tindakan segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif dan kurang menyenangkan dengan mendakwa dirinya terbabit dengan perkarayang tidak sepatutnya.

BACA INI :“Sekarang saya nak kehidupan yang tenang saja,” Adira Suhaimi

Melalui perkongsian tersebut , Yantzen dilihat bercakap dalam keadaan tidak tentu arah dan seperti tidak normal dan mengaku tidak sihat pada ketika itu dan menyebabkan dirinya terganggu semasa siaran langsung diadakan .

Leave a Comment

Share Artikel Ini