Beu – baru ini Ibu kepada penyanyi Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil telah memaklumkan kepada media bahawa anaknya ditahan di sebuah pusat perubatan swasta dekat Setapak selepas mengalami kesukaran bernafas.
Aiman dikatakan mengalami batuk lebih tiga minggu lalu dan doktor memaklumkan paru-paru Aiman dijangkiti kuman dan terpaksa mendapatkan rawatan segera.
“Kami bawa Aiman buat pemeriksaan dan doktor minta masuk ke wad untuk pemeriksaan lanjut”
“Pemantauan juga akan dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat jangkitan kuman pada paru-paru.”
“Saya juga nasihatkan dia kurangkan atau berhenti terus dari menghisap vape kerana bimbang akan mengganggu kesihatannya.”
BACA INI : “Hampir setiap hari menangis,”- Mimi Lana
Dia turut memohon orang ramai untuk mendoakan anaknya itu dipermudahkan urusan dan sembuh seperti sediakala kerana sangat bimbang tentang penyakit yang dihadapi anaknya.
“Hati ibu mana yang tidak risau setiap kali anak-anak sakit. Saya sentiasa anggap anak-anak masih kecil bila mereka sakit.”
“Sebab itu saya lebih suka minta mereka segera dapatkan rawatan supaya tahu keadaan dan dipantau doktor,” katanya.
Semakin Pulih
“Aiman semakin pulih. Insya-Allah, kalau semuanya okay, Aiman akan dibenarkan pulang hari ini,”
Aiman dikatakan mengadu sakit pada bahagian kiri dada setiap kali batuk dan itu menyebabkan dirinya tidak mampu bertahan dan mengambil keputusan unutk mendaptkan rawatan.
“Jangkitan kuman dalam paru-parunya juga sudah semakin pulih. Cuma dia masih lagi batuk dan setiap kali batuk, dia mengadu sakit di bahagian kiri dada.”
“Kalau berdasarkan maklumat doktor, ia berkemungkinan besar berkaitan dengan otot sebab bila kita batuk, otot akan turut terkesan.,” jelas ayahnya.