Satu konsert yang diadakan di Brigif Cimahi, Bandung pada 11 Jun lalu telah menggemparkan peminat Bunga cinta Lestari (BCL) dan Ariel Noah.
Pada permulaan konsert tersebut Ariel dan BCL telah menyampaikan lagu iaitu “Mencari Cinta” dan “Menghapus Jejakmu”
Ketika di akhir persembahan mereka berdua, semua penonton di konsert tersebut menjerit teruja apabila aksi BCL dan Ariel berpelukan diatas pentas setelah berakhirnya persembahan mereka berdua.
Menurut laporan, pada awalnya mereka hanya menyanyi sambil berpegangan tangan dan membalas pandangan. Semakin lama mereka mendapat sorakkan penonton, semakin mereka selesa untuk menari bersama.
Dan yang lebih mengejutkan ketika persembahan mereka, semasa persembahan akhir vokalis kumpulan NOAH telah memeluk dan merangkul paha Bunga di atas pentas tersebut.
Aksi mereka diatas pentas telah viral dimedia sosial. Ada yang menyokong dan ada yang mengecam tindakkan mereka.