Ako Mustapha Dikejarkan Ke Unit Kecemasan Hospital

  • Dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan perkongsian isteri kepada pelakon Ako Mustapha yang memberitahu suaminya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Kartina Shuaib Abdullah melalui hantaran di Instagram meminta agar orang ramai dapat mendoakan suaminya yang berada dalam unit kecemasan HKL.

“Mohon doakan suami saya yang kini berada di Unit Kecemasan HKL. Semoga dengan doa kalian memudahkan urusan kami sekeluarga dan diberi kesembuhan buat suami saya. Amin ya rabbal alamin,”

Bagaimanapun, isterinya tidak menyatakan punca sebenar mengapa Ako dimasukkan ke dalam wad kecemasan hospital.

Rakan artis dan peminat turut menitipkan doa supaya Ako segera sembuh melalui ruang komen di Instagram milik isterinya.

Leave a Comment

Share Artikel Ini