Gosip Artis

Akibat Memakai Kanta Lekap Terlalu Lama, Mata Scha Ellinea Terkena Jangkitan Kuman

Akibat Memakai Kanta Lekap Terlalu Lama, Mata Scha Ellinea Terkena Jangkitan Kuman – Disebabkan memakai kanta terlalu lama, mata kiri Scha Ellinea, pelakon mengalami jangkitan kuman sejak kelmarin.

Scha,21 berkata disebabkan perkara ini, dia terpaksa menangguhkan beberapa komitmen kerja yang lain dimana yang telah diatur terlebih dahulu.

“Saya memang ada masalah rabun dan lebih selesa mengenakan kanta lekap berbanding memakai kaca mata. Namun, semasa mengikuti kelas lakonan baru-baru ini, mata kiri saya berdenyut-denyut dan rasa sakit. Apabila buka kanta lekap, air mata terus keluar.

Setelah membuat pemeriksaan doktor, doktor memaklumkan bahawa matanya terkena jangkitan kuman.

Scha yang popular dengan drama Mr Grey berkata, dia juga disarankan bagi membuat pemeriksaan lanjut ke hospital jika sakit matanya berterusan dalam tempoh tiga hari selepas rawatan.

“Alhamdulillah, buat masa sekarang sudah beransur okay dan saya sudah mula boleh bekerja macam biasa,” katanya.

Dalam pada masa sama, Scha juga mengakui dia kurang memberi perhatian terhadap soal penjagaan kanta lekap sebelum ini.

“Nasihat saya kepada anda semua, jika tidak ada hal yang penting tidak perlulah mengenakan kanta lekap kalau tidak boleh menjaganya dengan baik. Bimbang kerana hal itu mungkin boleh beri kemudaratan kepada diri anda sendiri.

“Paling penting, pastikan anda mengenakan kanta lekap mengikut masa yang disarankan selain menjaga kebersihan tangan serta kanta lekap sebaiknya,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker