Terdahulu , Syamsul Yusof hadir ke makahamah tetapi tidak mahu melafazkan cerai kepada isterinya , Siti Sarah kerana mengaku masih sayang dan mahu kembali bersama isterinya itu.
Disebabkan itu mereka telah diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur agar melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hari ini , Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pagi tadi bagi sesi perbincangan untuk mencari jalan perdamaian berkenaan hubungan mereka berdua.
Pihak Syamsul hadir dengan ditemani oleh seorang ahli keluarganya berharap dia dapat bertemu dan berbincang dengan Puteri Sarah secara baik.
“Doakan terbaik. Mudah-mudahan itu yang saya nak. Moga Sarah boleh bincang secara baik dengan saya,” katanya.
Pihak Puteri Sarah pula hadir ditemani adiknya ke sesi tersebut berlangsung namun pertemuan tersebut gagal menemui jalan penyelasaian .
Enggan Berdamai
Malah Puteri Sarah menegaskan yang dirinya tetap mahu bercerai dengan suaminya dan tidak mahu berdamai kerana sudah membuat keputusan untuk berpisah.
BACA INI :Ahirine Nafi Ada Hubungan dengan Farid Kamil
Melalui sesi bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) pagi tadi , Puteri Sarah mengakui dirinya meminta untuk berlangsung secara berasingan kerana tidak mahu bersemuka dengan suaminya.