Trdahulu , tular tentang seorang artis lelaki yang berlaku curang dan rata -rata menuduh Hafidz sebagai pelaku dan menyerang akaun Ig miliknya.
Namun Hafidz membuat kenyataan di media bahawa bukan dirinya yang dimaksudkan dan mengakui hubungannya dengan isteri tidak mempunyai masalah malah berkongsi gambar mereka di Ig miliknya.
Dia turut mendedahkan sebab mengapa dia memadam semua gambar isterinya di media sosial kerana mahu menjada privasy isteriny tetapi tidak memadam gambar anak- anaknya.
Walaupun ramai netizen yang mengkritik dirinya pada mulanya tetapi selepas penjelasan daripadanya itu menutup segala isu yang membabitkan dirinya.
Perkongsian terbaru
Semalam , terdapat satu perkongsian terbaru melalui media sosial milik isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang dilihat meluahkan rasa kecewa serta terkilan dengan sikap seorang wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Shuhada yang menyatakan rasa kecewa dengan mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut kerana tergamak merampas bapa kepada anak-anaknya serta meruntuhkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
“Kepada awak, terima kasih sebab sakitkan hati saya dengan anak-anak yang tidak berdosa. Terima kasih kerana menjadi seorang perempuan yang mengambil abah kepada anak-anak saya.”
“Terima kasih kerana meruntuhkan rumah tangga saya, terima kasih kerana sanggup melihat penderitaan wanita lain sebab nak ‘fight for your love, Terima kasih sebab bahagia atas penderitaan kami , terima kasih sebab layan DIA ,” tulisnya panjang lebar.
Bukan itu sahaja , Shuhada turut menuduh wanita itu lebih teruk dan daripada Ira Kazar dan tidak mempunyai adap kerana tidak merasa malu datang ke rumahnya.
Dia mengakui dirnya terlalu bersangka baik dan bodoh kerana sentiasa memikirkan perkara baik tanpa meragukan suaminya itu sehingga mengakibatkan dirinya dan anak- anak menderita.
“Hati- hati ya wanita diluar sana , jangan jadi isteri bodoh macam saya , bersangak baik @ husnuzon kononnya , makanlah sangka baik ko tu sekarang , saya salah sangat-sangat sebab saya bodoh, maafkan ibu ya Umar dan Humairah, ibu akan cuba yang terbaik,”luahnya lagi.
Tidak mahu mendedahkan indentiti wanita tersebut , Shuhada meminta orang ramai mencari dan membongkarkan nama individu tersebut jika mahukan kepastian.
Menjengah ke ruangan media sosial milik Hafidz pula , dia dilihat begitu tenang dan memerli netizen yang meninggalkan komen pada setiap hantaran yang dibuat semalam dan sebelumnya.
BACA INI :“Kau Ingat Kau Bagus , Kau Ingat Kau Cantik” – Radhi OAG Cemuh Bekas Isteri
Hafidz hanya mendiamkan diri dan tidak mahu memberikan sebarang komen berkenaan perkara tersebut dan sedang sibuk mempromosikan baju melayu dan drama lakonannya.