Aisar Khaled Buat ‘Content’ Tengah Jalan, Nak Mati Cepat Agaknya!

Baru-baru ini, selebriti media sosial iaitu Aisar Khaled sekali lagi mencuri tumpuan ramai dengan videonya yang tular ini. Gelagatnya yang sedang merakamkan ‘content’ di tengah jalan ini menerima kecaman ramai.

Bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah tindakannya berdiri di tengah-tengah jalan itu juga boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Netizen juga turut memberi kecaman di atas tindakan melampaunya berdiri di situ semata-mata demi ‘content’.

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video berjaya merakamkan gelagat influencer itu dari jauh di tengah jalan raya yang sibuk itu. Turut kelihatan, Aisar Khaled yang memakai sut merah berdiri di tengah jalan.

Sebaik sahaja berada di tengah-tengah jalan itu, Aisar kemudian jatuh terduduk seolah-olah tengah berlakon dan kembali berjalan semula. Tindakannya yang memilih untuk merakamkan ‘content’ di situ turut menarik perhatian mereka yang berada di situ.

Malah ada juga pemandu yang siap membunyikan hon kereta sebaik sahaja melihat kemunculannya di tengah-tengah jalan itu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsikan reaksi mereka melihat tindakan melampau influencer tersebut.

Leave a Comment

Share Artikel Ini