Desas-desus khabar berita berhubung hos baru rancangan hiburan popular, Melodi TV3 terjawab apabila Ain Edruce secara rasminya telah menjadi pengacara program tersebut, mulai hari ini.
Ain mengantikan posisi hos terdahulu iaitu Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil yang telah tamat kontrak perkhidmatannya pada minggu lalu.
Pengesahan khabar berita turut dimaklumkan menerusi akaun Instagram rasmi Melodi TV3.
Meninjau di ruangan komen entri berkenaan, Abil dilihat ada meninggalkan titipan istimewa buat Ain selain ucapan tahniah daripada peminat.
“All the best @ainedruce !! Love you,” tulis Abil.
Sebelum ini, Abil telah mula mengendalikan program hiburan berkenaan sekitar Julai tahun lalu.
Melodi bersiaran pada setiap hari Ahad jam 12.00 tengahari di saluran TV3.