Gosip Artis

Ain Edruce Dikecam Netizen Kerana Dicium Seorang Lelaki?

AIN Edruce Dikecam Netizen Kerana Dicium Seorang Lelaki? – Siapa yang tidak kenal dengan perangai dan perwatakan Ain Edruce yang “gila – gila”? Baru – baru ini, Ain Edruce ada memuat naik foto suami mencium pipi di laman Instagramnya sekadar ingin berkongsi momen manis dan mengabadikan kenangan indah sempena hari jadinya yang ke 29.

Namun, dia tidak menyangka foto yang memaparkan kemesraan mereka itu menjadi perbualan hangat di laman Twitter.

Nurulain Edruce atau lebih mesra disapa Ain, terkejut apabila membaca komen netizen yang mengecamnya. Hal ini kerana kebanyakan warganet menyangka lelaki yang mengucup pipi adalah kekasihnya.

“Saya ada muat naik gambar suami mencium pipi ketika meraikan ulang tahun. Saya menulis kapsyen ‘I have the best boyfriend ever’ pada gambar tersebut.

“Tak sangka netizen mengecam gambar tersebut dengan mengatakan saya tidak tahu soal halal haram apabila berkongsi gambar bermesraan bersama teman lelaki.

“Saya pelik apabila membaca komen – komen daripada netizen. Adakah mereka tidak tahu samada lelaki tersebut merupakan suami saya? Apabila netizen lain yang cuba untuk menjelaskan, ada pula yang mengecam dan menyatakan tak perlu tunjuk kebahagian didalam laman sosial.

“Setahu saya, selama ini saya tidaklah kerap muat naik gambar bersama suami. Sesekali nak ‘belanja’ gambar mesra dengan suami pun boleh jadi isu,” luah pelakon sitcom Jenaka Kampung Kalut (JKK) ini.

Disebabkan tidak mahu melayan dengan kerenah netizen, Ain Edruce mengambil langkah untuk tidak membaca komen komen yang diberikan

Bercerita mengenai kehidupannya selepas bergelar isteri, Ain berkata, dia teruja apabila dapat melakukan kerja rumah seperti wanita lain yang berumah tangga.

“Saya sibuk kerana terbabit dengan banyak program seperti penggambaran drama dan pengacaraan, sejak bulan lalu. Selepas berkahwin, saya lebih fokus kepada pengacaraan kerana tidak mahu berpisah lama dengan suami.

“Rasa rindu pula jika asyik berjauhan. Apabila berada di rumah, dapat saya belajar serba sedikit menguruskan rumah tangga seperti membasuh dan cuci pinggan. Tetapi apa yang melucukan adalah apabila melihat saya kerap berada di rumah, suami jadi pelik dan bertanya apakah saya tidak bekerja?

Ain yang juga pengacara program realiti, Immortal Songs itu berkata, dia reda kerana suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa bukanlahseorang insan romantis seperti lelaki – lelaki lain.

“Dari zaman bercinta lagi, suami saya bukanlah seorang lelaki yang romantik. Susah kalau nak dengar dia lafazkan kata-kata puitis. Dia hanya akan bercakap perkara yang logik sahaja.

“Kadang kala sebagai wanita, saya hendak juga bermanja macam dalam drama Korea yang sering ditonton. Cuma, suami buat kejutan dengan memberikan saya sejambak bunga sempena ulang tahun kelahiran, baru-baru ini.

“Apapun, saya tetap bersyukur walaupun suami kurang daripada segi romantik, namun Amirul adalah lelaki yang sangat bertanggungjawab dan suka memasak. Sukar hendak cari lelaki sepertinya,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker