Ahirine Nafi Ada Hubungan dengan Farid Kamil

Terdahulu , khabar berita tentang tuntutan cerai Diana telah tular sehingga menyababkan ramai yang memberikan pendapat tentang hubungan mereka.

Malah sehingga kini pelbagai spekulasi masih berlegar – legar di media sosial sehingga menyebabkan nama Ahirine turut dikaitkan dengan Farid dan didakwa menjadi punca kepada berlakunya tuntutan cerai berkenaan.

Pelakon Ahirine Ahiruddin, 26 ta,pil menjelaskan yang dirinya tidak mampunyai kaitan dengan apa yang sedang berlaku kini dan mengakui sudah mempunyai teman lelaki .

Saya tiada kaitan dan bukan menjadi punca Diana memfailkan cerai terhadap Farid.”Macam mana pula, nama saya dikaitkan dengan Farid sedangkan saya kini dalam fasa bahagia dengan teman lelaki,” katanya.

 

Atas Urusan Kerja

Ahirine turut menjelaskan yang hubungannya bersama Farid adalah semata- mata kerana kerja dan tidak pernah bersangkut paut dengan perasaan ataupun urusan peribadi.

Malah pihak Farid atau Dianan tidak pernah memberikan kenyataan tentang dirinya dalam masalah yang dihadapi pasangan tersebut mengenai hubungan mereka.

Namun perkara tersebut berbangkit kerana komen dan pendapat daripada netizen yang suka menulis tanpa usul periksa serta menuduh sesuka hhati tanpa bukti yang kukuh demi menyedapkan hati mereka.

“Diana dan Farid tidak ada kata apa-apa pun mengenai perkara itu. Pandai-pandai je netizen ni.”

“Saya berharap dengan kenyataan ini, netizen hentikan dari buat cerita yang tidak betul kerana boleh jejaskan nama baik saya dalam bidang seni,” katanya  lagi.

Ditanya bila kali terakhir dia bertemu dengan Farid, kata

Dalam kenyataan tersebut Ahirine turut menjelaskan yang dia sudah lama tidak berhubung dengan pelakon terbabit kerana sibuk dengan penggambaran filem terbaru.

 

 

“Sebenarnya, saya sudah lama tidak berbual dengan Farid kerana baru kembali dari penggambaran filem Tebus yang membabitkan tempoh lebih sebulan di Sarawak.”

“Saya bergandingan dengan pelakon Aedy Ashraf dalam filem itu.”

“Jika nak diikutkan, Farid memang selalu ‘training’ motor atau Muay Thai dengan team saya. Kadang-kadang Diana juga ‘training’ sekali dengan kami,” katanya.

BACA INI :“Saya tak salahkan sesiapa , anggap ini dugaan kecil” – Fasha Sandha

Mereka sememangnya penah berteman rapat tetapi kerana berlakon bersama dan semuanya bertujuan untuk mempromosikan Filem Rempit 2 yang mana mereka merupakan peneraju utama dalam filem berkenaan.

Leave a Comment

Share Artikel Ini