Pelakon Afiq Muiz akhirnya tampil membuat laporan polis selepas dituduh mencederakan isterinya iaitu Pachara Apin dan perkara itu telah tular di media sosial.
Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz, 30, menjelaskan bahawa dia akan membawa perkara itu ke muka pengadilan bagi membersihkan nama baiknya yang telah tercemar.
“Assalamualaikum, laporan polis sudah dibuat. Tunggu tindakan seterusnya dari peguam kami atas fitnah-fitnah yang telah dilemparkan,” katanya .
Isu ini menjadi kes polis apabila Pachara dilihat telah memuat naik beberapa kenyataan di TikTok miliknya dengan mendakwa Afiq pernah mematahkan kaki dan juga jarinya.
Tidak berdiam diri , pihak keluaraga Afiq dan adik perempuannya iaitu Aishah Azman meluahkan rasa terkilan dengan tindakan kakak iparnya itu kerana membuat kenyataan tidak benar di media sosial dan merosakkan nama abangnya.
“Siapa pukul siapa? Awak atau abang saya. Curang dengan suami sendiri, minum arak, pergi club, duduk serumah dengan suami orang dia masih dalam berstatus isteri orang, suka mereka-reka dan manipulate cerita seolah-olah awak yang mangsa,” kongsinya di media sosial.
Aishah atau nama sebenar atau Nor Aishah Afika Azman Shah, 26, turut memohon agar kakak iparnya itu tidak terus menyebarkan fitnah kerana orang terdekat lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tangga mereka.
Buka Aib
“Jangan dengar sebelah pihak, sata tahu apa awak buat. Duduk serumah dengan suami orang walaupun masih berstatus isteri pada abang saya tapi manipulate cerita yang awak dah bercerai dengan abang saya, jangan sebar fitnah.”
“Suka cederakan diri sendiri dan manipulate cakap abang saya pukul awak. Jangan macam itu, saya tahu A-Z apa awak buat dengan abang saya. Allah maha besar,” katanya lagi.
Aishah mengakui dirinya bukan sengaja untuk membuka aib kakak iparnya itu tetapi hanya mahu mempertahan abangnya daripada tohmahan dan makian daripada netizen.
BACA INI :“Tak Boleh Upload Selalu, Nanti Orang Kata Try Hard, Meluat” – Izreen Azminda
“Saya tiada niat untuk membuka aib sesiapa, tapi awak sudah menabur fitnah pada abang saya. Dalam masa yang sama kami sekeluarga yang tiada kena mengena juga terpalit.”
“Jangan cuba untuk memburukkan nama baik keluarga saya. Jika ada lagi kata-kata yang berbaur fitnah keluar dari pihak awak, saya dan keluarga tidak teragak-agak untuk ambil tindakan pada awak dan kuncu-kuncu. Jangan lupa negara kita ada undang-undang,” ujarnya.
Melalui tinjauan ke akaun Tik Tok isteri kepada pelakon tersebut , TikTok milik Pachara dilihat sudah ditukar ke mod privasi selepas laporan dan kenyataan daripada pihak Afiq tular di media sosial.
Untuk rekod, Afiq dan Pachara telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 lalu.