Afdlin Menentang Kelab Ditutup Kerana Itu Periuk Nasi Orang

Berikutan dari isu hangat kelab komedi yang membenarkan persembahan menghina agama dia atas pentas yang tular sebelum ini, pelakon juga pelawak Afdlin Shauki telah tampil membuat kenyataan penentangannya terhadap penutupan kelab komedi terbabit

“Kenapa saya berkata saya menentang penutupan kelab itu? Ini kerana isu periuk nasi orang yang mencari rezeki dengan membuat komedi. Semua orang ada kelebihan mereka yang diberi untuk mencari nafkah.

Jadi, isunya kita kena dakwa pesalah itu! Bayangkan seorang datang ke tempat kerja anda dan tiba-tiba ‘mendajal’ anda semua sampai tempat kerja semua kena tutup. Apa perasaan anda?”

Afdlin turut berkongsi pengalamannya membuka restoren komedi yang hampir serupa. Melalui acara ‘open mic’ di restoren miliknya itu, tidak pernah ada lagi apa-apa persembahan yang menghina agama kerana mereka terlebih awal meletakkan SOP kepada pelawak.

“Saya berdiri untuk isu ini kerana saya juga ada restoran komedi yang berbentuk keluarga, Comedy Planet dahulu.

‘Open mic’ kami dilakukan dan dibuka untuk orang yang nak mencuba dan di restoran saya, (Comedy Planet) tak pernah kami alami apa-apa penghinaan kepada agama pasal SOP yang kami beri pada pelawak.”

“Jadi penutupan sementara untuk membantu siasatan polis, silakan, tapi bila saya dengar berita Crackhouse akan ditutup, saya agak terkejut. Ini kerana ia tempat di mana ramai pelawak ternama di kaca TV sekarang mendapat permulaan mereka,”

Sebagai seorang yang beragama Islam, pelawak tersebut juga terkesan dan melaknat sesiapa sahaja yang menghina Islam. Dia juga mengingatkan orang ramai bahawa dia turut memberikan komitmen menyokong NGO di Palestin sebagai manfaat kepada ummah.

“Saya seorang beragama Islam yang sangat terkesan dan sekeras-kerasnya melaknat apa yang dibuat oleh mana-mana orang yang menghina Islam. Di dunia memang patut disaman dan dipenjarakan, tapi di akhirat dia sendiri mesti mahu ingat.”

“Orang yang mengenali saya mengetahui komitmen saya kepada agama Islam, kerja-kerja NGO di Palestin, Syria dan usaha saya untuk sentiasa memberi manfaat kepada orang di sekeliling saya. Yang tak mengenali saya, akan cakap apa saja yang diorang suka. Saya maafkan,”

Leave a Comment

Share Artikel Ini