Adira Setia Teman Madu Di Tanah Perkuburan

Desas-desus yang kononnya hubungan penyanyi Adira dan madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila atau Datin Red yang dikatakan tidak baik ternyata tidak benar.

Perkara ini terjawab apabila Adira yang merupakan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu kelihatan ada bersama Datin Red di tanah perkuburan ketika ibu kepada Datin Red meninggal dunia.

Melalui sebuah hantaran di Instagram milik Datin Red, dia mengucapkan terima kasih pada madunya itu.

“Pemergian yang tiada ganti. Terputuslah doa seorang ibu untuk anak-anaknya. Terima kasih kepada semua adik-beradik, saudara-mara, suami dan madu yang ada ketika suka dan duka”

“Terima kasih juga pada yang menziarah, mengucapkan takziah, mendoakan dan yang menyempurnakan hingga selesai pengebumian bonda saya”

Leave a Comment

Share Artikel Ini