Penyanyi jelita , Adira Suhaimi mengakui dirinya sudah melakukan kaedah ‘mengikat peranakan’ iaitu kaedah menghalang dari berlakunya persenyawaan di antara benih telur dan sperma atas saranan nasihat doktor yang merawatnya.
Adira sebelum ini pernah meluahkan hasrat untuk ‘menutup kilang’ selepas kelahiran cahaya mata keempatnya dan tidak mahu lagi mengandung kerana merasa sudah cukup dengan anak yang dimilkinya.
Siti Adira Suhaimi, 31, atau lebih dikenali sebagai Adira difahamkan sudah empat kali melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan dan dia terpaksa mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah alternatif itu demi kesihatan dirinya .
“Jika diikutkan hukum kaedah itu adalah haram, namun pendekatan yang diambil atas nasihat doktor sendiri. Sekiranya saya hamil lagi, boleh memudaratkan kesihatan.”
“Ini kerana saya sudah empat kali melahirkan anak dengan kaedah pembedahan, jadi berisiko untuk pada masa akan datang. Jadi saya mengambil pendekatan untuk mengikut saranan doktor.
“Alhamdulillah… Saya sudah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan dua lelaki yang melengkapi rumah tangga saya.Jadi saya bersyukur dengan rezeki dan kurniaan Nya,” jelas Adira.
Dia yang sudah mengalami pelbagai cabaran dalam rumhantangga memilih untuk lebih memikirkan dirinya serta masa depan anaknya yang sudah sedia ada dan tidak mahu memikirkan perkara lain.
Pengalaman mengajar diri
“Apa yang penting ketika ini adalah anak-anak dan saya memilih untuk menepikan segala perkara negatif lain. Pengalaman dan cabaran hidup memang banyak mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa.”
BACA INI : Aidil Aziz Tak Kisah Fasha Sandha Gemuk
“Saya juga lebih matang dalam segala aspek terutama tindakan dan sebagainya. Buang segala yang negatif, fokus saya hanyalah untuk perkara yang positif,” katanya.
Sekadar info , Adira telah berkahwin dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayoub .
Hubungan mereka pernah dikatakan berantakan namun Adira nampaknya masih bahagia bersama suami dan anaknya walaupun sudah kurang menyanyi dan kini sudah menjadi usahawan berjaya.