Adam Shahz Nafi Tuduhan Bekas Isteri Soal Nafkah Anak

Setalah tersebarnya komen dan video tentang penjelasan bahawa Adam Shaz tidak membayar nafkah unutk anaknya selepas bercerai, pelakon filem Juvana itu telah tampil menepis dakwaaan tersebut.

Malah mengaku bahawa dirinya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab ke atas anak perempuannya itu malah mempunyai bukti transaksi pembayaran nafkah yang diberikannya.

“Saya ada semua transaksi pembayaran nafkah sebagai bukti. Kalau ada yang hilang pun boleh pergi bank minta print semula. Tak wujud isu kononnya saya gagal membayar nafkah,” katanya

Adam yang tidak mahu mengalah mengatakan tindakan FAtin Afeefa itu telah menyebabkab dirinya dikecam dan dibenci oleh netizen gara- gara kenyataan tersebut.

“Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Dia seolah-olah menjadikan saya bahan marketing dengan cerita kisah ini di media sosial sehingga ada orang yang maki saya.”

BACA INI : Memalukan , Fatin Afeefa Terkilan Bekas Suami Ungkit Kisah Cerai

“Apa yang cuba dia sembunyikan sehingga saya dijadikan sebagai ‘benteng’ untuk orang maki? Jangan seronok sangat bercakap kerana takut nanti ada perkara yang tidak sepatutnya terlepas,” katanya lagi.

Malah Adam bersedia untuk ke mahkhamah jika perkara tersebut benar dan dia tidak akan berdiam diri jika perkara tersebut boleh merosakkan namannya.

“Kalau ada cerita begini biasanya lelakilah yang akan nampak salah. Daripada cerita di media sosial lebih baik dia mengadu ke mahkamah jika saya tidak bayar nafkah. Gunakan jalan yang betul.”

“Apa yang dia buat beri kesan kepada saya dan keluarga. Orang sekeliling mula bercakap tentang kisah lama kami . Sekarang orang sudah tahu bahawa saya bukan suami pertama. Dia sendiri yang buka kisah tersebut,” jelas Adam.

Adam yang sebelum ini tidak mahu bergaduh tentang hak penjagaan anak kerana menghormati keputusan isterinya unutk menjaga anak mereka namun kini merasa terkilan kerana sudah sukar unutk bertemu anaknya itu .

Ini menyebabkan dia bertekad untuk mendapatkan hak penjagaan anak sehingga perkara itu dikongsi di media sosial Tik TOknya dan mendapat maklumbalas daripada bekas isterinya itu.

“Hak penjagaan anak tidak diputuskan oleh mahkamah dan kami setuju untuk melakukannya bersama. Sejak bercerai anak kami tinggal bersama keluarga Fatin dan saya akan datang ambil apabila ingin berjumpa.”

“Namun sejak dua minggu lalu saya sudah tidak bertemu anak. Katanya belajar di sekolah tahfiz dari pagi sehingga malam. Macam-macam alasan diberikan.”

“Saya dah tak boleh berdiam. Selama ini asyik nak sorokkan kisah sebenar dan menjaga aib. Sebagai langkah awal saya akan buat tuntutan di mahkamah tentang hak penjagaan anak. Selebihnya saya belum boleh kongsi,” katanya.

Menjengah keruangan komen netizen rata – rata netizen wanita menyokong Fatin manakala ada juga yang merasakan pasangan ini sengaja mengundang kontroversi agar nama mereka menjadi bualan demi mendapatkan job.

Leave a Comment