Pada tarikh 24 Oktober 2022 , Mafa dikhabarkan telah dimasukkan ke wad kritikal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor selepas disahkan dijangkiti Covid-19 tahap lima.
Dia yang sudah lama berada dihospital kerana menjalani rawatan malah sebelum ini dikhabarkan berdepan kebimbangan sekiranya dia ditidurkan semasa rawatan dilakukan.
Setelah negatif Covid-19, penyanyi Mafarikha Akhir atau Mafa, 29, kini terpaksa bertarung dengan jangkitan kuman di paru-paru yang mana perkara tersebut membimbangkan .
Mafa yang berkongsi tentang kesihtannya berkata, terdapat cecair terkumpul di bahagian kanan paru-parunya dan untuk mengeluarkan cecair itu dan proses untuk penyembuhan , badannya terpaksa ditebuk dua lubang iaitu di depan dan belakang.
“Masa hari pertama kena tebuk, terdapat 3.2 liter cecair keluar. Ia berterusan dan sehingga kini dan saya rasa sudah lebih empat liter cecair dikeluarkan. Bila terkena penyakit ini, paru-paru memang akan ada parut dan ambil masa lama untuk pulih.”
“Paru-paru saya tidak lagi macam orang biasa lain yang sihat. Bila sudah ditebuk untuk keluarkan air, ada kemungkinan untuk angin pula masuk. Prosedurnya mudah tapi semua dibuat dalam keadaan sedar. Memang sakit sangat,” jelasnya.
Dugaan Berat
Mafa turut mengakui bahawa dirinya tidak pernah menyangka dirinya akan ditimpa dugaan besar seperti itu namun masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasa sihat.
BACA INI :Video Ismail Izzani Bercium Di Kelab Malam Tular Di Media Sosial
“Perasaannya tak terkata. Tak jangka pun akan sakit teruk begini dan duduk hospital lama-lama. Saya memang tak tahu nak fikir apa untuk masa depan, hanya boleh fikir masa sekarang.
“Ada kalanya saya rasa sangat kecewa dengan diri sendiri kerana terlalu perlahan untuk pulih. Tapi saya kena terima proses itu memang akan mengambil masa yang agak panjang,” katanya.
Menurut Mafa, dia juga tidak pasti berapa lama lagi dia boleh dibenarkan keluar dari hospital. Ini disebabkan dia masih perlu menjalani rawatan berterusan hingga benar-benar pulih.
“Saya masih perlu mengambil antibiotik selama enam minggu. Untuk benar-benar pulih, saya tidak pasti. Doktor cuma cakap memang agak lama,” katanya.
Mafa bersyukur kerana masih ada yang mengambil berat tentangnya dan ada keluarga yang sentiasa berada disisinya untuk melalui pengalaman seperti itu.