Penyanyi dan juga pelakon terkenal , Siti Nordiana mengakui dirinya merasa bimbang jika timbul tanggapan negatif daripada peminat apabila drama inpirasi dari kisah hidupnya berjudul Aku Seorang Perempuan mula bersiaran. tak lama lagi.
Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 38, dia turut memberikan panduan kepada pihak produksi agar paparan kisah tersebut dilihat tidak keterlaluan dan menyebabkan pandangan negatif daripada orang ramai.
Namun dia berharap penonton memahami kreativiti pengarah dan seni seni , yang mana mereka lebih arif tentang apa yang dilakukan bagi memuaskan hati penonton.
“Memang ada babak yang sedikit keterlaluan dan membuatkan saya sendiri agak risau. Bagaimanapun itu semua kreativiti pengarah dan seni. Takkan orang nak tonton cerita yang mendatar sahaja.”
“Saya hanya boleh memberi nasihat supaya babak itu tidak memberi aura negatif. Biarlah ia sampaikan kisah positif untuk memberi inspirasi kepada penonton,” jelasnya lagi.
Drama tersebt diarahankan oleh pengarah berbakat , Hashim Rejab yang mana drama tersebut adalah sebuah garapan dari novel dengan tajuk sama dan ianya ditulis oleh Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Kisah Hidup Nana
Melalui novel tersebut , Nana menceritakan bahawa ianya berkisarkan tentang perjalanan dirinya dalam dan tidak terlalu mencerirtakan tentang hal peribadinya.
“Dalam novel pun saya tidak secara terperinci. Saya tidaklah kongsi kisah peribadi. Apa yang diceritakan dalam novel hanya basic sahaja.”
“Saya juga faham penonton sekarang sudah bijak. Mereka tahu jika ada yang keterlaluan itu adalah garapan pengarah untuk dijadikan sebuah drama,” ceritanya kepada media.
Dalam drama terbaru itu , pelakon jelita , Atikah Suhaime akan membawakan watak Nana yang diberi nama Siti Nor Aisya dan Nanan sangat yakin dengan kehebatan Atikah dalam mendalami dan membawakan wataknya dengan baik.
“Saya percaya apabila watak ini dibawakan oleh pelakon lain ia menjadi lebih baik. Atikah ada kreativiti sendiri. Saya ini seorang yang pendiam, tapi dia hidupkan watak ini.”
BACA INI :“Penantian 5 Tahun Berakhir “- Siti Nordiana Kongsi Berita Gembira
“Sebelum memulakan penggambaran Atikah ada berjumpa saya. Dia mendalami watak saya. Ketika penggambaran pun dia selalu hubungi untuk bertanya,” jelasnya.
Nana berharap drama tersebut mendapat sambutan daripada penonton dan sedikit sebanyak dapat berkongsi kisah hidup dengan peminatnya yang banyak menyokong kerjayanya setakat ini.