Aaron Aziz Bukan Tarik Diri Tapi Digugurkan Dari Filem Syamsul Yusof

Pelakon terkenal kelahiran Singapura ,  Datuk Aaron Aziz baru – baru ini telah mengesahkan yang dirinya tidak terlibat lagi dalam filem Original Gangster arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Aaron mengakui yang dirinya bukanlah menarik diri diri daripada membintangi filem tersebut tetapi telah digugurkan oleh Syamsul Yusof selaku pengarah dan penerbit filem itu.

Namun dia tidak berniat untuk membuka aib atau berkongsi sebab mengapa dirinya dibuang daripada membintangi filem yang sememangnya sinonim dengan namanya sebelum ini.

 

 

“Saya bukan tarik dari, tapi dibuang. Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.

“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah,” katanya.

Doakan Yang Terbaik

Tidak mahu memanjangkan isu tersebut , Aaron memilih unutk mendiamkan dir dan hanya mendoakan yang terbaik buat filem tersebut  berjaya semasa ditayangkan nanti.

 

 

“Selisih faham tu , yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita. Apapun saya doakan yang terbaik,” katanya.

BACA INI :Kepala Cedera Parah , Kamal Adli Teruk Diserang Lelaki Tak Dikenali

Filem The Original Gangster itu dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

Leave a Comment

Share Artikel Ini