Penerbit terkenal , Datuk A Aida dan pelakon kacak , Idris Khan bersetuju menyelesaikan kes pelanggaran kontrak penggambaran drama berjudul, Sekali Lagi Cinta Kembali membabitkan mereka secara baik di luar mahkamah.
Pada hari pertama perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur baru – baru ini , A Aida selaku plaintif menarik balik saman terhadap Idris sebagai defendan kedua tanpa memfailkan semula kes itu dengan alasan yang kukuh.
Pada prosiding yang bermula jam 11.30 pagi, peguam mewakili Idris dari Tetuan Asyraf Vivek dan Wee, Jason Wee memohon supaya kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah bagi memudahkan urusan.
Yang mana permohonan berkenaan kemudian dipersetujui oleh pihak A Aida dan keputusan itu dibuat di hadapan hakim Zulqarnain Hassan yang turut mencapai kata sepakat bahawa tiada sebarang tuntutan oleh kedua-dua belah pihak.
Malah pihak makhamah turut merasa senang dengan keputusan kedua belah pihak demi kebaikkan kedua belah pihak masa akan datang dan menjaga hubunga mereka.
“Mahkamah ingin mengucapkan terima kasih kepada defendan dan plaintif kerana memilih untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak,” katanya.
Berbaik Demi Masa Depan
A Aida turut memberikan kenyataan bahawa dirinya lebih memilih untuk berdamai kerana menganggap Idris seperti adiknya sendiri selain mereka sudah kenal lama dan pernah bekerjasama beberapa kali.
“Saya dengan Idris pilih untuk selesaikan dengan baik. Maknanya ‘i love you.. you love me’. Saya minta maaf, dia pun sama.”
“Keputusan dibuat juga ibarat kakak mengalah dengan adiknya. Saya dengan Idris sudah kenal lama. Dia dibawa ke pejabat saya oleh seorang pelakon lelaki.”
“Ketika itu, Idris masih lagi aktif sebagai model dan dia melalui proses uji bakat. Daripada situlah saya tawarkannya berlakon,” katanya.
Malah Idris membalasa kenyataan tersebut dengan mengatakan dirinya merasa lega selepas perkara itu dapat diselesaikan sevara baik tanpa mersoakkan hubungan baik antara mereka.
“Sejak kes ini berlaku saya tidak pernah berjumpa A Aida. Memandangkan kami sudah lama kenal dan kami pun tidak pernah ada isu, jadi saya anggap ini hanya salah faham daripada pihak saya.”
“Saya memang sudah cakap kalau hari ini boleh selesai secara baik, kita berjumpa. Alhamdulillah dapat diselesaikan.Lagipun kita satu industri dan tak nak orang dalam industri sendiri bergaduh. Saya juga tidak mahu beri persepsi buruk kepada orang luar mengenai industri seni.”
BACA INI : “Kalau boleh berdamailah, bukan masalah besar sangat pun” – Kazar
“Kalau kita bergaduh akan mengeruhkan lagi persepsi orang. Saya nak tunjukkan juga kepada orang luar kami bukan macam itu. Semua boleh selesai dengan baik dan ada acaranya,” jelasnya lagi.
Namun dalam prosiding yang sama , seorang lagi defendan iaitu pelakon Amelia Henderson masih lagi kekal dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan.
Malah Amelia mengaku tidak bersalah dan bersedia unutk meneruskan perbicaraan kerana merasa keputusan menarik diri yang dilakukannya itu bukanlah salahnya .
Sekdari info , kes saman ini bermula apabila A Aida mengambil tindakan undang-undang terhadap Idris dan Amelia selepas didakwa menarik diri pada saat akhir daripada membintangi drama terbitan syarikatnya, A Aida Production dan menyebabkan dia rugi besar kerana tindakan mereka itu.