Pelakon kacak , Meerqeen, 22, berkongsi yang dirinya sememangnya mempunyai cita – cita yang tinggi untuk melebarkan sayapnya dengan membina nama di Hollywood pada masa akan datang.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam juga mengakui sudah bersedia untuk memberikan komitment tersebut pada bila – bila sahaja.
“Saya sedia. Macam saya cakap, saya suka cabaran. Saya suka bermimpi. Saya sudah bayangkan berada di tahap itu. Sekarang ini tugas saya adalah merealisasikannya.
“Semestinya saya sedia untuk melakukannya. Sebab saya ini seorang ‘opportunist’. Jadi bila ada peluang, saya pergi. Saya ada kata hikmat, jika perlu wang, sahutlah peluang.
“Jadi saya pegang hal itu. Kerana untuk karier juga, dalam semua yang kita buat. Semestinya peluang itu saya sahut,” jelasnya lagi.
Bual Bicara
Baru – baru ini Marqeen juga terlibat dalam program bual bicara bagi Seminar Komunikasi Antarabudaya, di Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama rakan artis lain seperti Scha Alyahya, Hael Husaini, dan Wawa Zainal.
“Sebenarnya banyak yang boleh saya kongsi tapi saya kongsi sedikit sajalah. Saya ada juga dengar tawaran tertentu tapi belum masa untuk kongsi,” katanya.
Pertama kali setuju menjayakan program bual bicara sebegitu, Meerqeen berkata dia sebenarnya gementar berkongsi kepada umum tentang hidup peribadinya.
Namun dia percaya yang perkongsian tersebut dapat memberikan inspirasi kepada semua khususnya penuntut di UKM yang terlibat dalam program tersebut.
“Biasanya saya tak kongsi sangat pengalaman dan cerita hidup sendiri. Tapi ini masanya untuk saya dedahkan kepada umum. Saya rasa orang perlu tahu dan dapat inspirasi,” katanya.
Terdahulu , Marqeen telah mewakili selebriti Malaysia untuk hadir ke sebuah acara berprestij bagi sebuah jenama terkenal dunia di New York, Amerika Syarikat (AS).
BACA INI :“Memang Kena Tegur Agar Jadi Iktibar Untuk Orang Lain”,- Fasha Sandha
Marqeen berkongsi rasa bangga kerana ada di antara artis terkenal luar negara yang mengenali dirinya dan merasa gembira kerana telah terpilih mewakili Malaysia.