HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Gosip

7 Tahun Kahwin, Amir Raja Lawak & Isteri Tak Tertekan Belum Ada Anak

Lutfi Shah by Lutfi Shah
July 9, 2022
in Gosip
0 0
0
7 Tahun Kahwin, Amir Raja Lawak & Isteri Tak Tertekan Belum Ada Anak
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan cahaya mata, pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak berkata dia dan isteri, Nur Intan Syafinaz menerima dengan hati terbuka.

Amir berkata dia bersyukur dengan kehidupannya sekarang serta enggan peduli dengan apa yang diperkatakan mengenai dirinya.

“Saya dari dulu memang macam ini. Kalau orang kecam pun saya buat tak tahu je. Orang kata, tak hidup dipuji tak mati dikeji. Kami tiada tekanan walaupun tiada anak. Saya dan isteri jalani hidup macam biasa saja,” katanya.

Bagaimanapun, Amir berkata dia dan isteri akan terus berusaha untuk mendapatkan cahaya mata serta tidak pernah patah semangat.

“Ada juga usaha yang dibuat dari segi perubatan. Urutan badan itu dan rawatan tradisional itu kami ada buat,” katanya.

Sering ditanya untuk mengambil anak angkat, Amir berkata dia tidak pernah terfikir apatah lagi memikirkan risiko dihadapi.

“Tak pernah terfikir. Takut kalau ambil anak orang tiba-tiba tak boleh nak teruskan. Kami pula yang akan kena kecam nanti. Saya fikir belum masanya lagi. Biar semua ada dulu macam kereta dan rumah. Biar betul-betul stabil dulu,” katanya.

Terdahulu, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nur Intan Syafinaz pada 14 Mac 2015.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist