Mingguan Lelaki - gua.com.my
 
 
   
 
 
Fazren Rafi memegang watak Ilham, seorang ulat buku yang lurus bendul dan secara tidak disangka menyandang jawatan penulis di sebuah majalah lelaki picisan. Dalam kesibukannya membuat kajian dan menulis tentang isu-isu lelaki, Ilham juga bekerja keras untuk menyiapkan prototaip robotnya dengan hasrat untuk memenangi sebuah petandingan yang menawarkan RM100,000 sebagai hadiah utama.

Sementara itu, sahabat karibnya, Misha yang menyimpan perasaan terhadap dirinya terus memberikan galakan untuk Ilham mengecapi cita-citanya. Namun Ilham hilang tumpuan kerana mula tertarik dengan Farah, seorang penyanyi yang seksi dan menggoda. Kepolosan Ilham kemudian mengundang lebih banyak malapetaka dalam kehidupannya.

Video Call
Gua Muzik