Kemunculannya dalam drama Spa Q telah
mempopularkan nama Fazren dan kini semakin banyak mendapat tawaran berlakon. Pelakon yang berumur 24 tahun ini kini sudah berada di semester akhir pengajiannya dalam jurusan Seni Persembahan Drama (Pengarahan) di Universiti Malaya.
Fazren muncul di dalam beberapa drama lain seperti Bong, Puteri, Ali Din dan Impian Laili. Fazren juga amat berminat untuk menjadi seorang pengarah pada suatu hari nanti.
Sari Yanti - Misha
Pelakon berumur 23 tahun ini merupakan graduan daripada UNITEN dengan memegang ijazah dalam ‘Business Studies’.
Memegang watak Kaisara dalam drama bersiri Kisah Kaisara. Juga pernah muncul di iklan Hotlink. Sari juga merupakan duta bagi Kotex sebuah jenama tuala wanita terkemuka dan jenama Rexona.
Selain daripada itu, Sari juga adalah hos untuk rancangan Gua di MHI, sebuah segmen khas yang disiarkan sebulan sekali di MHI. Sari juga hos bagi rancangan Chopp! di tv9.
Baru-baru ini, Sari telah diijab kabulkan dengan pasangannya iaitu Eddy Casmady.
Memey Suhaiza- Farah
Pelakon wanita berumur 21 tahun yang berasal dari Johor ini bukan sahaja seorang pelakon, malah seorang model dan juga pengacara.
Antara drama tv yang pernah dilakonkan adalah Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa dan Pontianak Air Jernih.
Beliau telah menunjukkan bakat lakonan beliau di dalam drama bersiri Dunia Baru yang memegang watak Chi Chi dan juga di dalam drama Pasrah. Beliau juga merupakan hos bagi rancangan Diari Anak seni.
Walaupun beliau dilanda pelbagai kontroversi, namun Memey merupakan salah satu pelakon yang sedang popular.
Saifful Salleh - Eddie
Saifful Bin Salleh, 31 tahun dan masih bujang merupakan anak bongsu daripada 7 adik-beradik. Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Bugis berkerja di sebuah syarikat minyak dan gas swasta.
Abang kepada pelakon dan penyanyi iaitu Shahrizz (Puteri) dan Shahdan (FLAVA dalam Gangstarz). Hobi suka menyanyi, menari (salsa) dan menonton wayang.
Setakat ini, beliau pernah muncul dalam SpaQ musim ke-dua sebagai watak Hafiz serta beberapa iklan di TV dan media cetak. ‘Mingguan Lelaki’ adalah drama pertama lakonan beliau di bawah Aziz M.Osman.
Khir Rahman - Bos
Khir Rahman pernah mengarahkan beberapa filem pendek, Langgam Juru dan Parang Tusuak. Menulis
skrip filem pendek, Dewa Panah. Beliau juga mengarah dokumetari Mendengar Bangsar, Lakonan Untuk Skrin. Beliau juga menggubah lagu, dan menulis lirik.
Antara pencapaian Khir adalah tiga kali Pelakon Lelaki Terbaik Teater, satu kali Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik Teater. Juara untuk dua pertandingan nyanyian, Filem Pendek Terbaik FFM, ‘Dewa Panah’, mewakili Malaysia dalam ‘World Championship of Performing Arts di Hollywood, Los Angeles dalam sebuah monolog, dan juga bertanding dalam Festival Puisi Antarabangsa di Jakarta pada tahun 2006.
Kini, beliau baru sahaja selesai dengan penggambaran filem Kapoww. Selain daripada itu, beliau sedang berlakon dalam filem terbaru yang berjudul Cahaya dan Merong Mahawangsa. Beliau juga sedang mengarah rancangan Pop Kuiz.
Aziz M.Osman - Sutradara
Pengarah ternama Aziz M.Osman dilahirkan pada 2 Oktober 1962 di Singapura. Anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal tahun 60-an Allahyarham M.Osman, kini merupakan Lembaga Pengarah Ace Motion Pictures.
Beliau bukan sahaja hebat dalam pengarahan malah turut berbakat dalam bidang lakonan, penulisan skrin dan juga penyuntingan. Antara filem dan drama arahan beliau ialah Fenomena, XX Ray, Senario The Movie, Trauma, Dunia Anita, Puteri, Fara, Bong, Vice Versa dan banyak lagi.
Kini beliau sedang berjinak-jinak dalam membuat sebuah drama online. Dan drama on-line pertama arahan beliau yang iaitu Luna Fantasiku.
M. Zulkifli – Penata Skrip
Sebagai Pengurus Besar di gua.com.my, M. Zulkifli banyak terlibat dengan pembikinan drama web yang pertama di Malaysia iaitu Kerana Karina. Berlatar belakangkan bidang penulisan, beliau pernah menjadi editor untuk majalah FHM dan juga New Man magazine di Malaysia.
Zulkifli yang juga merupakan seorang bekas majistet, turut terlibat secara aktif dalam bidang penulisan lirik dan pernah menghasilkan lirik untuk artis-artis ternama tanahair seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Vince dan Liza Hanim.
Mingguan Lelaki ini adalah hasil terbaru beliau dalam bidang penulisan skrip untuk drama online.
Michael D’Oliveiro – Penerbit Eksekutif
Michael D’Oliveiro merupakan Penerbit Eksekutif Alt Media Sdn Bhd. Bekas wartawan dan penulis iklan ini memulakan kerjayanya di Melbourne, di mana beliau bekerja untuk drama TV dan juga mengarahkan beberapa video muzik untuk kumpulan muzik tempatan.
Michael kembali ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya sebagai pengarah iklan TV dan bekerjasama dengan ramai artis sebelum menceburi dunia pengiklanan sebagai pengarah kreatif.
Michael mengilhamkan idea Kerana Karina, drama pertama online Malaysia yang disiarkan di gua.com.my pada Oktober 2007. Selain daripada itu, Michael juga yang menguruskan Gua TV dan rancangan-rancangan yang ditayangkan setiap minggu. Mingguan Lelaki ini merupakan projek kelapan di bawah bimbingan Michael.